Insya Allah..Saya akan membeli EMAS..
Monday, January 17, 2011
Sungguh asyik mendengar lagu Insya Allah nyanyian Maher Zain.. bila kita amati bait-bait lagu ni. sungguh puitis tambahan pulak kip videonya yang simbolik... berulang-ulang kali perkataan show me the way..insya allah...insya allah you will find the way..
Lagu ini saya sengaja pilih sebagai halwa telinga sambil anda membaca coretan saya. Bila saya amati bait..bait lagu ini, mengingatkan saya kepada sejarah bermulanya saya menceburi bidang emas pada tahun 2009. Saya bukanlah seorang businesswoman mahupun pelabur tegar..maklumlah saya ni bukannya orang kaya... tapi..saya terpukul dengan kata..kata seorang rakan saya yang merupakan seorang konsultan .."Lina...kau belilah emas jongkong...aku dah ada 3kg emas jongkong."". Saya terkejut....dan saya berkata kepadanya "Kau tak apelah, keje konsultan, aku ni...keje macam ni manalah mampu nak beli sampai berkilo..kilo"
Dari situlah saya mula mundar-mandir di kedai-kedai emas dalam Alamanda Putrajaya.. cuba bandingkan harga sesama mereka. Selain itu, saya mencari maklumat mengenai pelaburan emas di internet.
Suatu hari, saya berdoa pada Allah, semoga DIA memberi saya jalan yang benar untuk menceburi bidang emas pelaburan ini. Emas pelaburan terdiri daripada ...emas jongkong 999.9, emas dinar 916,917,999 ataupun perak yang tidak boleh dipakai di badan.Manakala emas perhiasan seperti gelang tangan, rantai leher, subang dan lain-lain.
Alhamdulilah, Allah telah memberi saya jalan....SETELAH KITA CUBA SENDIRI BERUSAHA untuk MENCARINYA......Pendek kata, sejak dari itu, banyak kenangan manis, lucu dan gerammmmmmmmm pun ada....apabila sudah mula menceburi bidang ini... Nak tahu apa yang manis, lucu dan geramnya.......anda akan peroleh jawapannya ketika membaca coretan-coretan saya yang terdahulu..dan akan datang.......he..he.
Okeylah..lagu Insya Allah.. dah habis...dan Maher Zain pun dah letih dok berulang-ulang nyanyi..saya nak pi KOLAS...bye....
p/s..jom tengok harga emas kat sebelah kanan....kalau dah ada duit tu.eloklah beli cik kak, cik abang oiii..nanti bila dah lepas raya cina..harga emas naikkkkkkkkkk dong...
Se
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/live/s_gold.gif)
0 comments:
Post a Comment