UNTUNG KE BELI EMAS... TERUTAMANYA JENIS PAMP SUISSE?
Saturday, January 15, 2011
Bukan mudah untuk mengajak kawan-kawan/saudara mara/adik beradik untuk beli emas. Soal keuntungan, keselamatan dan kurang bajet menjadi punca utama mereka enggan beli emas. Mereka pernah berkata" Lina, beli emas ni lambat untung la..dan sukar nak cari pembeli?
Saya tidak kata mereka salah. Sebab, soalan itu pernah saya tanya kepada seorang kawan yang sudah lama menceburi bidang jual beli emas. Saya mencari sendiri JAWAPAN. Bak kata pepatah TIDAK CUBA..tidak tahu.. lalu saya MEMBELI seketul 20gm Jenis PAMP SUISSE dari sebuah KEDAI EMAS..pada tahun 2009.
Bermulalah kehidupan saya yang amat menyeronokkan...Beli emas ni ibarat satu perjudiaan. Ramalan Untung dan Rugi tertakluk kepada MASA. Bila orang memiliki EMAS..mereka sebenarnya telah menempah keuntungan untuk 10-20 tahun akan datang. Sebaliknya mereka akan rugi bila tidak bijak memanipulasi KELEBIHAN EMAS. Sebab itulah, menyimpan emas ini ada 3 tahap masa bergantung kepada sasaran individu- Jangka Masa Pendek, Jangka Masa Sederhana dan Jangka Masa Panjang.
Saya ingin memberi 2 contoh pembelian EMAS dan mahu ANDA menilainya SENDIRI..
Contoh pertama: 10.9.2009, Asha Humaira telah membeli emas jongkong jenis Pamp Suisse berat 100gm di sebuah Kedai EMAS. Pada ketika itu, harga segram ialah RM135 segram. Jadi harganya RM13,500. Pada 10.11.2010, harga emas 999.9 telah melonjak naik ke RM166 segram. Asha Humaira bercadang untuk menjualnya di kedai emas tersebut. Kedai tersebut menawarkan dua harga belian kepada pelanggannya iaitu RM130 segram sekiranya trade in barang kemas dan RM124 sekiranya ditukar cash. Adakah Asha memperoleh untung atau rugi sekiranya dia menjualnya semula...cuba anda kira sendiri....
Pengajaran: JUAL BALIK DI KEDAI EMAS dalam tempoh setahun merupakan kerugian besar kerana beli emas di kedai emas bersifat jangka masa PANJANG
Contoh kedua: Pada 10.9.2009, Ahmad Albab telah membeli emas jongkong jenis Pamp Suisse berat 100gm berharga RM13,500 dari KEDAI EMAS. Tahun 2010, menyaksikan permintaan emas yang tinggi dikalangan masyarakat umum dan negara-negara berkuasa besar. Ini secara tidak lansung menyumbang kepada peningkatan harga emas. Pada 10.11.2010, harga emas meningkat ke RM166 segram. Kebetulan, Ali Baba, kawan Ahmad berminat untuk membeli emas. Ahmad mengambil kesempatan itu untuk menjual emas tersebut kepada Ali dengan harga selepas diskaun RM16,560. Berapakah keuntungan Ahmad Albab..
Pengajaran: JUAL ATAS TANGAN ...untung atas angin bersifat jangka masa pendek..
Sebenarnya beli emas di mana, jenis emas apa samada Pamp Suisse, Poh kong mahupun Public Gold tidak mengapa..asalkan terbukti 999.9..CUMA kita kena tanya diri sendiri.. APAKAH matlamat AKU untuk membeli emas?
1) kalau anda beli emas dan bercadang untuk simpan dalam tempoh 10 tahun, beli di kedai emas pun tidak mengapa..
2) Kalau anda beli emas dan bercadang untuk menjual semula kurang daripada 3-6 bulan, belilah jongkong dari PG kerana senang dijual dari tangan ke tangan .
3) Perhatikan beza spread jual beli emas..kalau dikedai emas kadar jual semula antara 15-30% tetapi di Public Gold antara 5.9 % -6%..
U r big enough to think and differentiate which one is the best option for ur future ...
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/live/s_gold.gif)
0 comments:
Post a Comment